Monday, 22 August 2011

the Script

✿~ Siapakah wanita cantik itu ?
✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .✔ Dia tersenyum saat tertekan .✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .✔ Dia tabah saat dihina .✔ Dia mempersona kerana memaafkan .✔ Dia mengasihi tanpa balasan .✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .~> Jadilah wanita cantik itu :)

* THanx for the nice words kawan : SYAFIQ :) insyallah .i will ...


currently :
‎''Aku belajar DIAM dari banyaknya BICARA
aku belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
 aku belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
aku belajar MENGALAH dari satu KEEGOISAN
aku belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
aku Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
 aku belajar TAQWA dari KEKUFURAN,
 aku belajar TAWAKKAL dari UJIAN
aku belajar REDHA dari satu KETENTUAN "




Saturday, 20 August 2011

rindu

tidak semua aku boleh ungkaikan di sini
tidak semua aku boleh coretkan
tidak semua aku boleh sampaikan
tidak semua aku boleh gambarkan
tidak semua text ku sampai kepada dirinya
tidak semua yang die tahu
sampai biler,aku sendiri pon tidak pasti
hanya sebab setitik nila, aku terus begini
tapi sampai bile,sampai biler kau nak begitu.
tapi apekan daya,aku tiada hak untuk buat ape2 
untuk membetulkan keadaan kiter.
meskipon aku sudah usaha yg terbaik buat kiter bersama.
kalau kau rase itu yang terbaik,ok i will try
 even hati aku langsung rase berat.
aku tetap aku.
kalau bukan di sini aku dapat gambarkn aper yang aku rase.
hati tidak menipu.tuhan sentiasa tahu setiap sudut hati hambanya.
aku redha dengan keputusanmu tetapi jangan memakse
 aku untuk melupakan kau dan memori kiter dulu.
itu saje yg aku pinta even kadang2 aku ibarat patung buat kau.
tetapi aku bukanlah seperti yang kau fikirkan.
aku hanye menulis
hanyer sekadar melepaskan rindu pada kau... :'(


Wednesday, 17 August 2011

Ramadhan-17

aSSAlamualaikkum..tanpa kita sedar dah 17 hari kiter berpuasa,separuh dari sebulan tuh.alhamdulilah..
and hari ke-17 ramadhan hari yang begitu istimewa kerana hari nuzul al-quran.tetapi melaka tidak ambik cuti so aku seperti biasa pergi ke kuliah,jealous pulak biler mama call ckp cuti..hoho tapi aper bole buat state currently kat melaka so kene lar follow..huh.aku pelik setiap kali aku balik dari terawih dari taman dimensi tuh,sesampai jer melangkah nk bukk gate kat rumah sewa mesti dpt topup..actly dah 4 kali.dah tyer semua possibilities yg akn topupkn but sorg pown ckp xder.ader kawan ckp tuh rezeki g terawih lar,bulan puasa lar tapi rase macam xsedap hati pon ader.but kepade sesape hamba allah yang sengaja atau tidak sengaja topupkan tuh aku ucapkan terima kasih.lain kali bgtaw lar,atleast aku taw and boleh say thanx atleast.btw the main point bukan nk citer pasal hal tuh pown but nk shared serba sedikit aper yg aku bacal psl hari nuzul al-quran ni.ini hanya sekadar nk berkongsi dengan korang semua.salam ramadhan and moga ramadhan kali ini lagi BERMAKNA :)


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  • Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  • Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  • Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.

   Peringatan: 
  • Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  • Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  • Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  • Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  • Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis)