Tuesday, 19 July 2011

dikau yang bernama SAHABAT



SAHABAT yang terpuji ialah al-quran...PENASIHAT yang terpuji ialah as-sunnah..Harta yang terpuji ialah keamanan..
TUHAN....
tunjukkanlah jalan untuk menempuh segala dugaanmu..
TEMAN...
maafkanlah aku jika aku melukakanmu..
AKU...
tidak berdaya , menahan hiba kau meningalkan diriku..
REDHA lah apa yang terjadi mungkin ada RAHMAT yang tersembunyi..
SAHABAT..
betapa aku menyayangimu sepenuh hatiku...
betapa aku terluka dan berkaca hatiku kerana mu...
betapa aku kuatkan segalanya hanya untuk mu...
betapa bermakna dirimu kepada diriku...
terima kasih kerna kamu sahabatku..
ku redha kalau ini yang tebaik..
ku doakan dirimu di sana sentiasa di bawah lindungannya dan sentiasa berada dalam keadaan baik..








Monday, 18 July 2011

< BirtHDay Gurl >

Assalamualaikkum...Hey..hey..
long tyme tak updated blog ni..entry for This JULY is all about my friends..
3KAWAN 1AUNTIE = IMPORTANT + LOVED +WONDERFUL PERSON that i've known.

30 MAY 
HAK MILIK : CIK MAYRA
Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always. 


1 JULY
HAK MILIK : CIK FYQA & MKSU
It's always a treat to wish Happy Birthday to someone so sweet. 
mksu aida :)
 
cik fyqa

13 JULY
HAK MILIK:  CIK SYIDA
To the world, you may be one person. But to me, you are the world.happy birthday sweetie :)

Saturday, 25 June 2011

: Buat mata yang sedang MENANGIS :

Assalamualaikkum..sebelum berangakt kembali ke melaka, aku nak shared serba sedikit pasal this topic..
becoz serba sedikit ade kene mengena dgn diri aku..if u have time, just read for the info..TQSM frens :)

Duhai mata yang sedang menangis…

Mungkin tika ini kau sedang bahagia,mungkin juga kau sedang berduka.Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah padanya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.
Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan.Malah menganggapnya satu lambing ketidakmatangan.Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya, “dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk”. (surah al-isra’:109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka,maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (surah maryam:58).

Duhai mata yang sedang menangis…

Tahukah dikau,jika dikaji dari perspektif sains,tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan,unsure-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsure-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu sahaja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisan reda,kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah,hebat sungguh penciptaan airmata.

Duhai mata yang sedang menangis…

Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insane yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kelak badanmu mendapat darurat. 

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau,penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.
Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis…

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar,tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa, “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i).