Tuesday 17 May 2011

Renungan utk diRisendiri :)

jangan bersedih, sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang! Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung. Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih, kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha’ serta qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha’ dan qadar.

Jangan bersedih! Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih, kerana (dengan izin Allah) anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda (qiyamullail).
Seorang penyair berkata:

Terkadang bencana
membuat sesak dada seorang pemuda
sedang hanya Allah yang Memiliki jalan keluar
Setiap peristiwa terasa berperanan
dalam menyesakkan dadanya
Sehingga ia mengira tidak ada jalan keluar dari bencana itu…


pantai bt sy tenang :)

BILER bacer all this thing,why mudahnyer aku mengalirkan air mate...
byknyer dugaan dalam hidup..
biler pk kenape tuhan pilih aku utk memberi ujian yang sebesar lautan tu..
kenape aku.kenape bukan manusia lain di muka bumi ni..
maybe ini da termaktub dan tertulis dalam kamus hidupku..
ya allah..
sentisalah kau kuatkan hatiku,perkukuhkan imanku dan ampunilah aku..
tiada aper yg terbaik selain mendapat kerdhaan hidup di dunia dan di akhirat nti...
amin......

2 comments: